Taman Terendak Permai

Taman Terendak Permai

Monday, 18 March 2013

in case kecemasan


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah
Kota,
Melaka Tengah,
75561 Melaka.
Tel: +606 - 284 2222
Faks: +606 - 282 3848

Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka
Jalan Ayer Keroh Lama,
Bukit Beruang,
75400 Melaka.
Tel: +606 - 285 4222
Faks: +606 - 285 4256
Talian Utama : +606 - 285 1999

Hospital Besar Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil,
75400 Melaka.
Tel: +606 - 282 2344
Faks: +606 - 284 1590
Laman Web: http://www.hospitalmelaka.gov..my/

Balai Bomba Dan Penyelamat Melaka Tengah
Jalan Kubu,
75200 Melaka.
Tel: +606 - 283 8481

Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Melaka
Jalan Tun Hamzah,
75450 Bukit Katil,
Melaka.
Tel: +606 - 251 3100
Faks: +606 - 231 1023
E-mel: bommka@po.jaring.my
Laman Web: http://www.bombamelaka.gov.my/

Pejabat Pos
Tel: +606 - 283 3846

Kastam
Tel: +606 - 282 8355

Imegresen
Tel: +606 - 282 4958

Fakta dan Sejarah Mengenai Negara-negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .


Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria - Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.

maklumat:-carigold

Rahsia Angkatan Tentera Malaysia

Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia angkatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu..



1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama, hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.



2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?



3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..percaya atau tidak?



4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.



5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!



6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura, pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA..



7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.



8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)



9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon passport atau visa ke luar Negara.




10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch” percaya atau tidak?



11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?



12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?



13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.



14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka..percaya atau tidak?



15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?



16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?



17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen-kontinjen negara PBB yang datangnya dari negara-negara melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadish.


Info:-penpatah

1st Laptop Osborne 1

Hari neh meh nk story pasal 1st laptop yang berada didunia..

DELL,ACER,TOSHIBA,ASUS jenama ini pon belum wujud lagi,
Tanggal 3 April 1981, maka terjual la sebuah laptop jenama yang agak pelik sikit (Osborne 1) pada harga USD$1795 (pandai2 la carik dalam Rm berape harga dia)
berat Osborne 1 ini adalah 10.7KG (bayangkan la berat ke tak berat) menggunakan os-sp/m2.2 (sekarang dah maju beb dah ade windows 8)
ha neh rupe dia Osborne 1









bayangkan la macam mane diorang nk bawak bende alah yang berat neh kehulu hilir...
kalau aku mau lenguh2 tangan nk bawak...
tapi zaman dah berubah...
sekarang sume dah canggih2...
tak macam zaman dulu...


tengok laptop zaman sekarang sume dah colourfull...
siap ade colour pink lagi...


siap bole lipat sampai habis lagi...
senang nk bawak ke mana...
nk nengok lagi besh nih ha laptop ternipis skali yang penah dihasilkan










Cerita Lawak (Nenek Terlampau)

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin.


Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana
mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang
pun di badannya.


Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.

Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di

hadapan nenek."


 pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya.


Dalam fikirannya mungkin itu cara
terbaru si isteri melayan sang suami.


Di dalam perjalanan pulang si
nenek mendapat idea.


Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya,
sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah
berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang.


Beberapa ketika si atok pon
pulang.

Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan
pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."



credit to geng arobik Taman Terendak Permai

hari tuh terdengar geng arobik Taman Terendak Permai pasang lagu neh..
ape kate try tarian ini..
kompom terbaek!!!


agak agak nanti mase hari keluarga Taman Terendak Permai buat la tarian neh...
kompom ramai yang bersorak....


Sejarah Pembinaan KLcc



Menara Berkembar Petronas ataupun lebih dikenali sebagai KLCC adalah satu mercun yang menjadi kebanggan kita sebagai penduduk di Malaysia..Pernah menjadi sebuah menara yang tertinggi di dunia pada satu ketika dahulu… Ianya sekaligus menaikkan nama Negara Malaysia di serantau dunia…Tetapi berapa ramaikah yang tahu akan sejarah pembinaan KLCC ???
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Struktur Pembinaan


KLCC tidak tiba-tiba sahaja terbina. Atau ia juga tidak jatuh dari langit. Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur yang masih memegang takhta ‘Bangunan Berkembar Tertinggi’ di dunia ini. Arkitek yang bertanggungajawab merekabentuk binaan ini, Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. Tiga kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction, kedua-duanya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Keseluruhannya, $1.6 billion telah dihabiskan untuk membina KLCC.


KLCC mempunyai 88 tingkat keseluruhannya dan ketinggian rasmi KLCC seperti yang dicatatkan adalah 451.9m. Apa yang lebih menarik tentang bangunan ini adalah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalan seni bina dan rekabentuknya, terutamanya bentuk Rub el Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut.

Pembinaan KLCC juga melibatkan begitu banyak tenaga kerja dan jentera. Pelan pembinaan sudah mula dirangka seawal 1992. Mac 1993 menyaksikan kerja-kerja menggali tanah untuk menyediakan tapak dan asas untuk KLCC. Galian sedalam 30 meter telah dilakukan dan hasilnya, setiap hari, 500 traktor penuh berisi dengan tanah dibawa keluar daripada tapak pembinaan. Teras tapak KLCC dipastikan benar-benar kukuh dan kuat. 13,200 meter kubik konkrit disalurkan terus-menerus selama 54 jam ke dalam ruang yang telah digali tadi. Bersama-sama dengan 104 buah tiang, teras yang benar-benar utuh telah berjaya dibina untuk setiap menara.



Kemudian, di atas teras ini dibina pula tembok konkrit setingggi 21 meter dan berperimeter 1 kilometer. Ia mengambil masa hampir 4 tahun dan seramai 40 pekerja siang dan malam untuk disudahkan. Di atas tembok inilah dibina pula tempat letak kereta bawah tanah yang boleh memuatkan sehingga 5,400 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Kerja-kerja membina bangunan utama hanya dimulakan setelah dapat dipastikan teras bangunan yang benar-benar kuat, mapan dan kukuh telah disediakan. Kerja-kerja ini akhirnya dapat dilaksanakan pada tahun 1994. Bahan binaan untuk membina menara adalah terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi – 80,000 meter kubik konkrit berketahanan tinggi dan 37,000 tan besi digunakan hanya untuk membina rangka bangunan ini

Usaha yang begitu gigih dan semangat ini tidak sia-sia. KLCC yang telah siap dibina telah diiktiraf beberapa kali sebagai antara binaan moden yang tercantik di dunia. Seperti yang disebut seawal tulisan ini, kadar pelancong asing yang masuk ke Malaysia turut bertambah setelah siapnya adik-beradik kembar itu pada tahun 1998. Walaupun tidak pernah dibuktikan secara statistik dan empirik (setahu saya), saya yakin KLCC merupakan antara faktor utama kepada pertambahan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.


Pencetus Pembinaan  KLCC


Tun Dr Mahathir Mohamad beliaulah yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.
Menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu sekaligus memikirkan cara untuk menaikkan nama Malaysia di serata dunia…
Tahniah Tun Dr Mahathir.. 


Saksikan Video Pembinaan KLcc






Pemberitahuan


Dengan ini,saya selaku penjaga blog Taman Terendak Permai ingin memberitahu bahawa kami menerima tempahan untuk mengiklankan barangan/pakaian/makanan dll di dalam blog ini..
langkah-langkah :-
  1. ambil gambar produk yang hendak dipromosikan
  2. sila nyatakan nama produk yang anda hendak promosikan
  3. jangan lupa sertakan harga barangan 
  4. cara hendak membuat pembayaran
  5. paling penting cara hendak hubungi anda
  6. kemudian emailkan kepada permaiterendak@gmail.com beserta nama penuh anda & no telefon untuk berurusan


contoh:-



Beg Berjenama CONVERSE
Harga                       :-Rm100 nett
Pembayaran Melalui :- akaun maybank (nyatakan no acc)
Cara Hubungi            :- h/p +60123456789


untuk promosikan kedai makan
  1. ambil gambar kedai makan anda
  2. nyatakan menu-menu yang terbaek berada di kedai makan anda
  3. nyatakan alamat kedai makan anda(lagi baek besertakan map supaya senang orang nk cari)
  4. kemudian emailkan kepada kami

mudah je kan cara dia..jadi apa lagi cepat- cepat la promosikan......

JAMBATAN TERTINGGI DI DUNIA

Jambatan merupakan salah satu jalur perhubungan yang dilalui oleh transport darat..
tetapi yang sangat unik adalah jambatan Millau..
jambatan Millau berasal dari bahasa perancis le Viaduc.
de Millau adalah jambatan yang berkontruksi kabel listrik yang menyeberangi lembah sungai Tan dekat Millau, selatan Perancis.
Jambatan Millau merupakan jambatan yang tertinggi didunia memiliki tinggi 342 meter atau sekitar 1222 kaki dari tanah yang lebih pendek dibandingkan dengan menara Eifel di Perancis.  
entah bagaimana cara membangunnya.
Dirancang oleh insinyur bangunan iaitu Michel Virlogeux dari Perancis yang bekerjasama dengan arkitek dari inggeris Lord foster.
Membangunkan jambatan ini memerlukan waktu yang sangat lama iaitu selama kurang lebih 29 tahun
Jambatan ini dibangunkan pada tahun 1975 dan dirasmikan pada tanggal 14 Desember 2004
Berikut adalh potret jambatan Millau